SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDULLAH

KG. CHENNAH, 71650 TITI, JELEBU,
NEGERI SEMBILAN.
TEL : 06-6112305

www.skdua.freevar.com

Tuesday, May 19, 2009

15 April 2009

Program Semarak Ilmu
Program sehari ini telah diadakan dengan anjuran bersama Perpustakaan Awam Kuala Klawang dengan kerjasama jawatankuasa Perpustakaan Desa Kg. Chennah. Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan awam. Semua murid tahap 1 dan 2 terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan murid-murid mendapatkan seberapa banyak ilmu bukan sahaja dengan membaca tetapi dengan pelbagai kaedah yang menarik. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari perpustakaan awam Kuala Klawang kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Harapan sekolah agar program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun untuk kebaikan murid-murid.

0 Comments:

Post a Comment