SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDULLAH

KG. CHENNAH, 71650 TITI, JELEBU,
NEGERI SEMBILAN.
TEL : 06-6112305

www.skdua.freevar.com

Tuesday, May 19, 2009

15 April 2009

Program Semarak Ilmu
Program sehari ini telah diadakan dengan anjuran bersama Perpustakaan Awam Kuala Klawang dengan kerjasama jawatankuasa Perpustakaan Desa Kg. Chennah. Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan awam. Semua murid tahap 1 dan 2 terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan murid-murid mendapatkan seberapa banyak ilmu bukan sahaja dengan membaca tetapi dengan pelbagai kaedah yang menarik. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari perpustakaan awam Kuala Klawang kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Harapan sekolah agar program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun untuk kebaikan murid-murid.

18 April 2009

Latihan Dalaman Eduwebtv
Sekolah telah mengadakan Kursus Portal Eduwebtv yang diadakan di makmal komputer sekolah. Seramai 15 orang guru termasuk seorang pegawai GITN telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini telah dikendalikan oleh Penyelaras PSS iaitu Puan Suhanisya.Kursus ini dijalankan untuk mendedahkan guru-guru kepada penggunaan Portal Eduwebtv sebagai salah satu daripada bahan P&P. Diharapkan setelah menjalani kursus ini, guru-guru SKDUA dapat mengaplikasikan penggunaan portal ini di dalam P&P mereka.

Monday, May 18, 2009


PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEK. KEB. DATUK UNDANG ABDULLAH
KG. CHENNAH, 71650 TITI JELEBU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : 06-6112305

;;